Berubahlah untuk tak jadi manusia angkuh dan riak- Datin Syahida Tuntut Cerai Dari Aliff Syukri

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita Dato’ Aliff Syukri yang didakwa mendera anak angkatnya, Aminah Alip Shah atau Ameena sehingga pembantu rumahnya telah membuat laporan polis. Apa jadi eh dengan kes ni? 

Kali ini Aliff Syukri dilanda kontroversi lagi apabila isterinya, Datin Nur Shahida didakwa telah membuat tuntutan cer41 daripadanya di mahkamah, lapor – Harian Metro.

Pergolakan rumah tangga usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid kembali diperkatakan berikutan tersebarnya surat tuntutan cer4i Nur Shahida di laman sosial sejak hari ini.

Perkara ini timbul setelah surat tuntutan cer41 Datin Shahida menjadi tular di media sosial.

Ketika dihubungi oleh Harian Metro, Aliff Syukri hanya membalas mesej pertanyaan wartawan dengan emoji sedih. Perkara itu dikuatkan lagi apabila dia meluahkan rasa hatinya di Instagram.

Kesulitan itu bukan untuk ditangisi tetapi untuk dihadapi dengan kesabaran dan ketenangan kerana cinta itu layak diperjuangkan.. tetapi tidak akan bererti apa-apa jika ia tidak pernah dihargai….

Difahamkan, pasangan ini juga gagal menemui jalan penyelesaian walaupun pihak mahkamah telah melantik Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk membantu mereka.

Kes pencer41an mereka juga dilaporkan akan dibicarakan di mahkamah setelah tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) tamat beberapa minggu lagi.

Rata-rata netizen menasihati Aliff Syukri agar muhasabah diri dan berubah ke arah yang lebih baik.

Mereka juga  dikatakan sudah beberapa bulan tidak tinggal serumah kerana Aliff Syukri dilihat sering berada di rumahnya di Pavilion resident Kuala Lumpur. Memang serius nampaknya kes ni.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Nur Shahida enggan mengulas mengenai perkara itu.

Kita doakan semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Sumber : Lobakmerah via HMetro