[VIDEO] Polis sebat remaja akan dikenakan tindakan sewajarnya

Polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorg pegawainya yg dilihat secara agresif menyebat enam remaja lelaki kerna ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dlm 1 kejadian di Kunak, baru-baru ini.

Pesuruhjaya polis Sabah, Datuk Zaini Jass, berkata jika dilihat dri sudut penguatkuasaan, tindakan pegawai itu memang tidak wajar, namun dri segi moral, itu adalh umpama seorang yg lebih tua memberi pengajaran kpd orang muda yg ingkar arahan.

“Sebelum kejadian itu pegawai berkenaan sudah menegur kumpulan remaja itu sebanyak dua kali tetapi mereka tetap tidak bersurai malah mentertawakan teguran berkenaan sambil menghisap rokok.

Kejadian itu  berlaku di Kampung Pangi Tengah, Kunak ketika pasukan polis sedang membantu menyampaikan bantuan kepada penduduk kampung sebelum terserempak dengan kumpulan r3maja yg sedang berkumpul,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, selepas selesai mengagihkan bantuan berkenaan, pihak p0lis terserempak lagi dengan kumpulan remaja berkenaan yg masih tidak mendengar teguran, menyebabkan pegawai berkenaan bertindak menyebat semua remaja berkenaan.

Zaini berkata demikian ketika mengulas sebuah klip video yg tular memaparkan seorang pegawai polis bertindak menyebat enam remaja menggunakan ranting kayu kerana ingkar arahan untuk balik ke rumah masing-masing.

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi di media sosial terutama golongan netizen yg memuji langkah pihak berkuasa yg tegas dalam melaksanakan tugas memastikan rakyat mematuhi PKP.

Bagaimanapun, ada juga segelintir pengguna alam maya yg mempersoalkan tindakan memukul itu kerana dikatakan boleh mendatangkan kecederaan kepada remaja terbabit.

Mengulas lanjut, Zaini berkata tindakan di peringkat jabatan akan diambil ke atas pegawai berkenaan, manakala kumpulan remaja itu sebenarnya bernasib baik kerana mereka tidak ditangkap sebaliknya polis hanya memberi pengajaran moral kepada mereka.