Tiup Lilin Atas Roti Saja, Aliff Syukri Sambut Hari Lahir Seorang Diri Tanpa Anak Isteri di Sisi

SpekuIasi tentang rumah tangga Aliff Syukri dan isteri hangat diperkatakan. Difahamkan, ketika ini pasangan itu sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.

Aliff dilihat berulang alik ke rumahnya yang terletak di Pavilion resident Kuala Lumpur berdasarkan vdeo dimuat naik di Instagram.

Sementara dalam beberapa gambar dan video Datin Shahida pula, kelihatan beliau dan anak-anak tinggal di rumah banglo mereka.

Menerusi perkongsian terbaru, Aliff Syukri memuatnaik vdeo menyambut hari lahirnya sendirian.

” Selamat hari lahir saya. Di sebabkan wabak virus saya tak boleh keluar rumah untuk raikan bagi menyeru nasihat kerajaan. Tapi my para2 Cikbawang_ buat suprise untuk saya sempena Hari lahir saya..”

Itu entri terkini ditulis oleh usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri di Instagram beliau.

Siapa sangka disebalik kejayaan dalam bidang perniagaan, anak kelahiran Felda Kechau, Kuala Lipis, Pahang dan lahir pada 3 April 1987 ini sudah menginjak usia 33 tahun.

Aliff Syukri yang juga anak kepada Rozita binti Ibrahim yang merupakan pengasas produk kosmetik popular, Sendayu Tinggi adalah anak ketiga daripada 12 adik-beradik.

” Syukur ahamdulillah kepada Allah kerana tahun ini aku genap umurku 33 Tahun dah terasa tua. Dan syukur kerana aku boleh merasai nikmat sehat, bahagia, nikmat bernafas dan masih bernyawa.

” Terima kasih kepada semua mak saya, arwah abah saya, nenek saya, anak anak saya, kakitangan saya, stokis saya, mp As.legacymalaysia stokis dan frencis Dherbsholdingshq saya, peminat saya, heaters sy, pengguna pengguna saya, sesiapa sahaja di dalam muka bumi ini.” tulis Aliff Syukri

Dalam pada itu, sempena hari lahirnya semalam, Aliff Syukri turut memohon kemaafan kepada semua sekiranya ada terbuat salah.

” Mohon maaf daripada hujung rambut saya sehingga hujung kaki saya. Saya sendiri tidak tahu nyawa saya sampai bila.”

” Semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini kerana saya yakin kalau saya jatuh tersungkur tidak ada orang yang akan tolong saya melainkan diri saya sendiri untuk bangkit dan kuat kembali untuk masa depan saya.

” Doakan kebahagian saya di dunia dan di akhirat. AMIN AMIN AMIN YA RAB…” akhiri beliau.

Hepy besday Dato Alip..tiup lilin atas roti je ke tuu?

Gepostet von Madam's Sweet Cake & Cookies am Freitag, 3. April 2020

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah dan mendoakan jutawan kosmetik itu dipanjangkan umur dan murah rezeki.

Tidak kurang juga mendoakan Aliff Syukri agar menjadi lebih matang dalam setiap perkara dilakukan, seiring dengan peningkatan usianya.

Rakan baik beliau dalam bidang perniagaan iaitu Sajjad turut menulis komen.

” Happy birthday dato… semoga dato cerita dan bahagia Di hari ke lahirkan dato.. happy birthday my idola” tulis Sajjad.

” Hepy bezday dato smg dato diberikan hidayh lebih mtng brfikiran luas…terima teguran dr kami yg bukan benci dato tp kami xmau dato bg mereka dosa lg tuk meng3cam dato…smg rezki dato luas dn dpt menolong golongan yg susah” tulis Samsul

Jawab soal Bercer4i

Terdahulu spekulasi mengenai pergolakanan usahawan selebriti popular, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid kembali hangat diperkatakan selepas tersebarnya surat tuntutan cer4i yang dibuat oleh Shahida di media sosial.

Menguatkan lagi dkwaan berkenaan, Aliff menerusi laman Insta-Story nya turut menjawab beberapa persoalan mengenai status rumahtangga nya yang diajukan oleh pengikutnya malam tadi.

Kata Aliff, terlalu ramai yang bertanyakan soalan adakah dia sudah bercerai dengan Shahida. Balas Aliff, dia bukanlah orang yang sepatutnya diajukan soalan berkenaan namun dia akui sedang lalui ‘perkara’ tersebut dan dalam masa yang sama turut terkejut.

” Soalan itu terlalu banyak orang bertanya dan saya tak sangka benda ini viral”

” Apa pun, saya rasa soalan ini bukan saya sepatutnya anda bertanya dan Ya, saya lalui apa yang berlaku dan saya sendiri terkejut. Doakan baik-baik ya”